Friday, October 16, 2009

Kami Jawab Dulu...

Soalan: Apakah "Program Jaringan Pengguna Bijak". Program Jaringan Pengguna Bijak adalah sebuah program yang dibangunkan bagi menghimpun dan melahirkan sebuah kumpulan pengguna yang berupaya memperoleh pelbagai manfaat melalui aktiviti kepenggunaan.

Soalan: Siapakah yang boleh menyertai program ini? Program ini terbuka kepada semua warga Malaysia, Indonesia dan Singapura yang berumur 18 tahun ke atas, belum menjadi ahli Zhulian atau keahlian Zhulian telah luput.

Soalan: Apakah manfaat yang boleh diperolehi oleh peserta program? Peserta program boleh menikmati rangkaian produk berkualiti premium, diskaun 18-20% atas pembelian setiap produk pada setiap masa, memperoleh ilmu bagi melahirkan pengguna bijak secara berterusan, pendapatan tambahan yang lumayan (ikut program ini secara penuh) dan boleh membantu rakan-rakan anda menjadi pengguna bijak.

Soalan: Bagaimana mahu menyertai program ini? Mereka yang berminat menyertai Program Jaringan Pengguna Bijak ini, sila berhubung dengan penyelaras program melalui email (propengguna@yahoo.com). Anda akan dihubungi secara peribadi oleh pihak penyelaras program. Sila berikan maklumat diri anda kepada pihak penyelaras untuk didaftarkan sebagai ahli sah syarikat Zhulian.

Soalan: Mengapa memilih syarikat Zhulian Marketing (M) Sdn Bhd? Syarikat Zhulian mempunyai rangkaian produk pengguna berkualiti premium dan luas, sebuah syarikat Malaysia yang tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia, telah beroperasi lebih dari 20 tahun, produk mudah diperolehi kerana mempunyai rangkaian agensi (stokis) serata daerah di Malaysia.

No comments:

Post a Comment