
Minat beliau dalam perniagaan telah bermula sejak dari kecil lagi iaitu ketika di zaman sekolah. Beliau pernah menjual sayur-sayur kampung di pasar sehari ketika berumur 12 tahun dan membantu ibu di gerai menjual buah-buahan. Minat dan kecenderungan ini terus disubur dan dikembangkan hingga ke hari ini. Pengalaman jatuh bangun dalam dunia perniagaan menjadikan dirinya lebih matang dan berusaha untuk lebih memahami dunia perniagaan.
Beliau turut terlibat secara langung dalam perniagaan rangkaian (MLM) sejak tahun 1993 dan pernah menyertai beberapa buah syarikat jualan langsung. Walaupun pernah beberapa kali tidak berjaya dalam perniagaan jualan langsung, namun keyakinannya terhadap perniagaan ini tidak pernah goyah. Azmi Abdul Manaf tetap percaya 100% kepada perniagaan jualan langsung. Beliau memulakan semula perjalanan dalam perniagaan jualan langsung dengan menyertai syarikat Zhulian pada tahun 2002 sebagai pengguna biasa. Namun apabila keyakinan terhadap rangkaian produk dan syarikat Zhulian meningkat maka beliau dan isteri (Pn Rosni Basir) mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan dengan lebih tekun. Selepas beberapa tahun meneliti dan menjalankan perniagaan ini beliau mula menikmati hasil seperti pendapatan yang lebih baik, melancong ke luar negara, hadiah tabung kereta dan Tabung Pendidikan untuk anaknya. Kini beliau adalah pemilik agensi Zhulian Banting.


Saya menyeru kepada anda, sertailah program jaringan pengguna bijak ini dan kita akan sama-sama berjuang membina satu jaringan pengguna bijak. Sesungguhnya ini adalah satu perkara yang murni. Sedikit ilmu dan pengalaman yang saya ada boleh sama-sama kita manfaatkan dengan izin Allah.
Sekian. Selamat menyertai program "Jaringan Pengguna Bijak".

No comments:
Post a Comment